Tuesday, July 29, 2008

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Abu Bakar Al Baqir telah dibuka pada 2 Januari 1989 dengan nama Sekolah Menengah Sungai Gedong. Pada awal pembukaannya, pelajar sekolah ini menumpang di bangunan tambahan Sekolah Menengah Bagan Serai selama 2 tahun 8 bulan. Seramai 120 orang pelajar telah ditempatkan di tingkatan satu di dalam 2 buah kelas. Pengetua pertama Encik Abdul Rahman B Muhammad telah diberi tanggungjawab memikul tugas Pengetua dengan dibantu oleh 9 tenaga pengajar dan seorang pegawai kerani. Dengan tenaga dan khidmat para pegawai ini, sekolah ini telah mengorak langkah memberi ilmu kepada anak bangsa di Daerah Kerian. Pada awal penubuhannya, sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah bantuan penuh kerajaan di Daerah Kerian yang memulakan pengajaran Bahasa Arab, selain mata pelajaran biasa yang ditawarkan di sekolah menengah. Pengenalan mata pelajaran Bahasa Arab ini telah menarik perhatian ibu bapa untuk menghantar anak-anak untuk meneruskan pembelajaran sekolah menengah di sekolah ini.

Pada 2 September 1991, pelajar sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru. Bangunan kekal sekolah ini terletak dalam Mukim Bagan Serai dalam Daerah Kerian, di Batu 14, Telok Medan, Bagan Serai, Perak.Terletak berhampiran dengan Sungai Kurau dan di tepi jalanraya utama Utara-Selatan dari Taiping ke Parit Buntar. Pelajar asal sekolah ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah yang berhampiran dengan sekolah ini iaitu:
Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman
Sekolah Kebangsaan Telok Medan
Sekolah Kebangsaan Dato Mas'ud
Pelajar-pelajar yang terpilih dan melepasi ujian pelajaran Bahasa Arab dari sekolah-sekolah rendah seluruh Bagan Serai.

Bulan Oktober 1991 sekolah ini telah mencatat sejarah dalam peperiksaan SRP dengan mencapai kelulusan 84.8%. Seramai 96 orang pelajar layak ke tingkatan 4 dan sebahagian besar pelajar memilih untuk meneruskan pengajian menengah atas mereka di sekolah ini. Sekali lagi sekolah ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dengan mewujudkan kelas aliran agama sepenuhnya kepada pelajar-pelajar lepasan SRP. 27 orang pelajar telah menjadi perintis kelas aliran ugama ini dengan mengikuti pelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran Dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Tasawwur Islam. Pada hari Selasa 12 Mei 1992 bersamaan 9 Zulkaedah 1412, peristiwa paling bersejarah telah berlaku di mana perasmian sekolah ini telah dilakukan oleh Ke Bawah Duli Yang Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah DK, S.P.C.M, S.P.T.S. Baginda telah memasyurkan nama Baru Sekolah ini sebagai: SEKOLAH ABU BAKAR AL BAQIR dan nama singkatannya S.A.B.A.R.
Sekolah ini dinamakan sedemikian mengambil sempena nama Al Ustaz Abu Bakar Al Baqir, seorang negarawan yang terkenal khususnya di kawasan Perak Utara. Beliau merupakan seorang ulama dan nasionalis yang banyak menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara khususnya melalui penubuhan Maahad Al-Ehya Al Shariff, Gunung Semanggol.

Tahun 1993 pelajar pertama sekolah ini telah menduduki peperiksaan SPM dan keputusan yang diperolehi amatlah membanggakan dengan pencapaian kelulusan iaitu75.8%. Seramai 27 orang mendapat pangkat 1, 25 orang memperolehi pangkat 2 dan 20 orang memperolehi pangkat 3. Kejayaan cemerlang sekolah ini dalam PMR dan SPM serta kejayaan dalam bidang ko kurikulum pada tahun 1993 telah menobatkan sekolah ini sebagai `Sekolah Menengah Cemerlang Daerah Kerian' untuk tahun 1993.

Pada tahun 1994, SekolahAbu Bakar Al Baqir dicalonkan menjadi `Sekolah harapan Negara Peringkat Negeri Perak'. Pada tahun 1995, sekolah ini telah dicalonkan mewakili negeri Perak ke peringkat Kebangsaan sebagai `Sekolah Harapan'. Pada tahun itu juga, sekolah Abu BakarAl Baqir yang menjadi wakil Negeri Perak telah berjaya membawa pulang `Piala Sirih Pulang Ke Gagang' setelah dinobatkan sebagai Johan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, RTM, Petronas, Berita Harian dan Kerajaan Negeri Sabah. Di atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh sekolah ini, maka pada tahun 1996 sekali lagi dianugerahkan `Sekolah Menengah Cemerlang Luar Bandar' dengan menerima sumbangan RM5000 dari Persatuan Warga Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Sehingga kini SMK Abu Bakar Al-Baqir telah menjadi salah sebuah sekolah yang disegani di Daerah Kerian.

15 comments:

jikakumenulis said...

Tahniah...atas kecemerlangan SABAR.

Saya adalah ex -Sabar SPM tahun 1995.

Pengetua pada masa itu ialah tn.hj che pa. beliau seorang pengetua yg disegani.

kpd semua guru-guru yg tlh mngjr saya, terima kasih krn ilmu dan dorongan serta perhatian kalian saya & kwn2 bjaya ke menara gading.

saya doakan moga SABAR akan akan terus gemilang di masa hadapan.

salam sayang utk semua.

NHAR 09.

Unknown said...

^em...

Mr Khairi Hj Idris said...

apsal tak buleh?

Mr Khairi Hj Idris said...

salam..to all sabarians,,

saya old boy sabar batch 03-07,,,
time tu cikgu idris ramli as a principle,,skg dah jd ketua sektor unit HEM JPN Perak..

cikgu2 yang ngajor kelas 5a2 masa tu,,,ust pahim,ust aishah abol, mahani,rozerina,asmadi,rohani musa,shahaatun,salleh,mashitah,maimunah,

dah 12 tahun berlalu..melihat kepada pembangunan sabar memang banyak dah berubah,,fizikal or achivement..

apa pun tq to all cikgu yang ngajar serta memanusiakan diri ini..bila dah diri sendiri jd cikgu,,baru sedar betapa mencabarnya prof sbg guru ni,,,
tq cikgu!!!

Mr Khairi Hj Idris said...

.....

saif al mansur said...

Alhamdulillah.. saya bach 1992-1995 (PMR 95). Sekolah yang banyak mengajar erti kehidupan. Kepada semua rakan-rakan 1A1, 2A1 dan 3A1, selamat menempuh kehidupan berkeluarga.. kenangan bersama sentiasa terhapat di jiwa.. kepada semua cikgu-cikgu, terima kasih, semoga jasa kalian dibalas oleh Allah s.w.t di akhirat kelak. Amin..

ida said...

hye owg student sabar taun ney.. 4 all student form 3 especially 3a1 i wish gud luck for exam..do the best..

Fatimah said...

hai...kat cney sye nak ucapkan tme kasih pde cikgu2 sabar trutama yang penah ngajar sye time 1a1,2a1,n 3a1 2009..tuk kawan2 lak slamat mnjawab exam pmr..GUD LUCK... xlme lagi merdeka ler kte.. ha3

Unknown said...

2 ary g nk abz pmr....hu3...sye pon nk ucap gak tima kseh kat smua gru sabar dan nk mntak maap klaw bwat slah..mai tgk blog jap

fazilah said...

ehem2..bagi sapa-sapa yang nengok blog ni,plez say hi to me..yuuuhu.. thn na da spm(09).. so..good to all..and ckg saayah,thanks for everything.. i love sabar

Unknown said...

Assalamualaikum kpd pmbca

Unknown said...

Dksmpatan ini,ingin saya mmhon keampunan diatas sgla ksalahn saya terhadap guru serta rakan2 saya..especially cigu2 yang ngajar 3a1-09 and student2 kelas 3a1-09 terima kasih jua buat cikgu2 yang mgajar saya n kawan2..result pmr pun da keluar bru2 nie... Alhamdulilah elok..Terima Kasih cikgu

Unknown said...

hum....Anwar naim.. mcm kenal tapi xpasti spe.. hak5

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ex sabarians 1992-1996